Gangga

Gangga
Showing posts with label QUICK SCAN. Show all posts
Showing posts with label QUICK SCAN. Show all posts

Monday, 10 August 2026

Rohingya Berkampung di Langkawi : Quick Scan

Tular baru-baru ini mengenai sebuah kampung yang agak besar di persisiran pantai, iaitu di kawasan Bukit Malut, Langkawi. Ramai yang menyatakan bahawa orang Rohingya telah merampas kedaulatan Malaysia dengan mendirikan sebuah kampung di kawasan Bukit Malut.

Miss I tidak akan melaporkan sesuatu sekiranya perkara tersebut tidak benar. Hasil pemerhatian Team Miss I mendapati bahawa sebenarnya Bukit Malut terdiri daripada orang Melayu dan juga kebanyakannya merupakan keturunan campuran dari Myanmar. Ini bermakna, Bukit Malut didirikan bersama oleh orang Melayu dan orang Myanmar.

Namun, status tanah tersebut, sama ada tanah haram atau harta pusaka, masih belum dapat dipastikan.

Hubungan antara orang Melayu dan orang Myanmar terjalin kerana aktiviti penangkapan ikan, kerana kebanyakan mereka merupakan nelayan.

Memang benar terdapat ramai orang Rohingya di Langkawi. Namun, dakwaan bahawa pembinaan kampung haram di Bukit Malut dilakukan oleh orang Rohingya adalah tidak benar sama sekali.

Jangan mudah percaya kepada berita palsu. Dapatkan maklumat yang sahih hanya di Miss I.


Source Google Picture:



Sunday, 2 March 2025

Syed Saddiq dan Bella Astillah Bermasalah : Quick Scan

Baru-baru in tular apabila, Ahli Parlimen Bukit Bendera menegur sikap Syed Saddiq yang sering meluangkan masa bersama Penyanyi Malaysia, Bella Astillah kerana khuatir bahawa Syed telah hilang fokus dalam menjalankan tugas sebagai Ahli parlimen.  

Benar memang sikap seperti ini harus ditegur kerana 'Public Life of a MP' sepatutnya berasaskan servis kepada rakyat dan bukannya menunjukkan kebahagiaan bersama seorang janda. Penjawat awam yang biasa sekalipun mempunyai 'guidelines' yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam media sosial. Bukan ke Syed Saddiq patut lebih berhati-hati?

Kemungkinan inilah sebabnya, Syed bersikap demikian:

Bakal Kalah

Seperti yang sedia maklum Parti MUDA tidak mempunyai kekuatan untuk memenangi mana-mana kerusi pada PRU akan datang kerana tidak mendapat sokongan dari parti-parti yang lain. Syed mengetahui tentang perkara ini dan hanya menggunakan Bella untuk memasuki bidang karier lain. Perkara ini bukan baru kerana bekas ahli politik, Khairy Jamaluddin (KJ) kini telah menjadi DJ radio  Hot FM. Bukan ke peluang lebih cerah kepada bekas menteri termuda yang mempunyai rupa seperti Syed untuk bersinar dalam bidang hiburan?

Untuk terus menjadi Popular

Syed Saddiq sebelum ini sibuk menjalankan aktiviti marathon. Larian 200km ke parlimen pun telah dipersoalkan kesahihannya. Apabila perkara-perkara seperti ini mula menjadikan netizen bosan, Syed beralih ke Bella untuk terus kekal popular. Perkara cringe yang dijalankan oleh Syed dan Bella mungkin akan menjadikan netizen bosan jua. 

Walaupun Syed menyatakan ia dilakukan demi MUAR. Bukan ke salah untuk menggunakan seseorang iaitu Bella untuk mengumpul duit. Sekiranya duit yang dikumpul ialah dana maka bukan ke pengunaan dana itu harus diterangkan kepada semua! Sama ada ia masuk poket atau sampai ke rakyat.

Sekiranya benar mereka bercinta, seeloknya tidak menunjukkan berlebih-lebihan dalam sosial media kerana Syed bukanlah artis atau model seperti yang ditegur oleh PMX sendiri. Syed harus lebih berhati-hati sekiranya ingin bertahan dalam dunia politik!



Saturday, 19 February 2022

MUDA takkan menang PRU 2022...

MUDA ialah parti baru yang ditubuhkan bersama Syed Saddiq dan parti ini mendapat perhatian ramai selepas banjir kilat yang berlaku tetapi adakah MUDA akan menang PRU




PARTI BERUDU

Kini MUDA dikenali sebagai parti berudu. Pada mulanya, Syed menyatakan bahawa dia tidak akan menyokong mana-mana parti yang mempunyai ahli yang suka melompat parti. Itulah alasan diberi Syed untuk tidak bertanding di Melaka. Tetapi akhirnya di Johor, Syed bersama PH...PKR, Amanah dan DAP. Sebab itu ia digelar Parti Berudu dan bukannya Katak.

GABUNGAN YANG SALAH

Memang benar MUDA tidak boleh menang jika bertanding seorang tetapi gabungan pun tidak akan membantu MUDA. Dengan gabungan yang salah MUDA pasti kalah. UMNO bukannya pilihan tetapi UMNO merupakan pilihan terakhir dan PH amatlah dibenci rakyat.

UNDI 18

Tahukah anda remaja umur 18 di Malaysia mempunyai mentaliti yang kurang cerdik dalam membuat keputusan. Syed yang membuat aturan kononya Undi 18 akan membantu mereka menang sebenarnya Undi 18 ini akan menyebabkan mereka ikut telunjuk ibu bapa mereka dan lebih teruk lagi mereka tidak akan keluar mengundi.

MUDA ITU BUKAN MUDA

Pengerusi MUDA di Johor tidaklah semuda yang disangka. Syed pun akan tua jua. Jadi konfiden apakah yang digunakan untuk menyatakan MUDA itu milik orang muda?

MENTERI BELIA DAN SUKAN

Tahukah anda Syed gagal sebagai Menteri Belia dan Sukan? Tujuan Menteri Belia ialah untuk melahirkan belia yang sihat, cerdas dan berguna kepada Negara. Tetapi, fokus Syed hanya pada E-Sports.

KEAHLIAAN YANG LEMAH

Dengar khabar ada yang mendaftar sebanyak 4 kali baru mendapat Sijil Muda. Baru-baru ini sahaja Biro Data dan Teknologi MUDA menghantar sihil-sijil. Sekiranya dari awal lemah bagaimana MUDA nak buat perancangan untuk menang pilihanraya.


Jadi kita tunggu dan lihat sahaja. Ini bukan lagi masa untuk MUDA tetapi jika ia berusaha berterusan, ia pasti menang pada masa akan datang.

Thursday, 23 December 2021

Apa itu NADMA? dan kenapa ia GAGAL!


Ramai di Malaysia sedang mencari NADMA kerana ia lesap ketika dia patut beraksi.

Quick Info:

1. NADMA ditubuhkan oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 2015 untuk ambil alih tugas MKN. (Ambil alih yea)

2. Nama Penuh: National Disaster Management Agency. (Nama BI tu. Lupa pula Pak menteri nak martabatkan BM)

3. Siap ada bangunan khas dan pegawai-pegawai awam tahu yang makan gaji buta. Selalu cakap cikgu yang banyak jasa makan gaji buta. Ini tak tahulah apa kes. Siap ada Pengarah tau. Tak taulah pengarah pakai kabel apa.

3. Fungsi dan Tanggungjawab:

i. Menyelaras mekanisme Pengurusan Bencana Negara
ii. Merangka Dasar Pengurusan Bencana Negara
iii. Menguruskan Kumpulan Wang Amanah Bencana
iv. Mengetuai pasukan misi bantuan kemanusiaan bencana (KETUA tau)

Banyak lagi tugasnya. Tulis banyak2 pun kita takkan baca. No.4 tu paling penting. Pak Cik kat kampung tu pun tahu kalau tersadai di atas bumbung, NADMA yang kena selamatkan tetapi Menteri yang dipilih rakyat dan PM tak tahu.

Mengapa ia gagal?

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas2 Khas), Dr,Abdul Latiff yang memegang amanah.

2. Menteri baru kan dia tidak tau pun kot NADMA dibawah dia. Bangun tidur 19 Disember baru sedar kot. 

3. Bangau oh Bangau- PM suruh NADMA suruh Negeri/ Menteri Besar suruh Pusat

4. Tidak effektif. Kerajaan gagal yang ada markah 90%. Ini akibatnya.

5. Sistem protokal yang tak masuk akal dan tak membantu. Peraturan untuk memudahkan bukan menyukarkan. Samalah senario dengan Dewan Rakyat, speaker tolak usul banjir walaupun Negara dilanda banjir. Macam mana nak maju!

6. Tak cukup kewangan diberi kepada NADMA (tunding ke Menteri Kewangan pula)

7. Pengundi yang kurang bijak. (Undi semua ahli bebas ye lepas ini. :) ) Gurau je.

Seelok-eloknya, orang yang diberi amanah jika tidak jalankan tugas. Letaklah jawatan, itulah ajaran Nabi. Mana squad Kjaan Gagal. Tolong pastikan menteri-menteri seupama ini tidak berterusan. Terima Kasih.

                


Tuesday, 21 December 2021

Sepintas Lalu: Banjir 2021

Ingatkan 2020 je yang teruk dilanda pandemik tetapi 2021 tidak mengalah untuk terus menguji kita. Banjir 2021 yang terbesar dan kebanyakan rumah rakyat Malaysia dinaiki air buat kali pertama. Jadi memang tiada persediaan untuk menghadapi bencana ini.

Antara kawasan yang sering didengar ialah Taman Sri Muda, Sg.Lui, Shah Alam, Karak, Bentong dan beberapa kawasan di Kuantan. Keenam negeri di semenanjung iaitu Selangor, Pahang, Negeri, Melaka, Kelantan dan Terengganu mengalami banjir yang tidak pernah diduga.

Setakat hari ini, 17 terkorban dalam banjir seluruh negara.

Dalam kesusahan pasti ada hikmah dan inilah kompilasi video-video yang menunjukkan bahawa Humanity atau sifat kemanusiaan itu masih wujud.

1. Seorang wanita tanpa merisaukan keselamatannya menyelamatkan seorang makcik yang berada dalam kenderaanya dan hampir hanyut di Maran.

Video : https://fb.watch/a1wjyGFSLb/

2. Menteri besar Selangor yang turun padang dan menyelamatkan bayi dan orang tua.

3. Seorang cucu yang tekad menyelamatkan neneknya. Siap bagi kata2 perangsang!

Video: https://fb.watch/a1xaSKpQep/

4. Satu keluarga bersama kawan-kawan India memasak dan membahagikan makanan tanpa mengira kaum.

Video: tiktok

5. Seperti biasa, Kerabat diraja Pahang dan Johor yang prihatin terhadap mangsa banjir. Dalam video ini boleh dilihat, Tengku Hassanal sendiri yang mengangkat pesakit ke dalam helikopter.

Video: https://www.instagram.com/tv/CXs-8UFJJif/?utm_source=ig_web_copy_link



Geng-geng MUDA Syed Saddiq dan Parti Keadilan Rakyat, MP Batu, P. Prabhakaran turut turunpadang dan banyak membantu. Ramai lagi sebenarnya.

Terdapat juga insiden-insiden yang menyakitkan hati seperti 

Majlis Sukaralewan oleh KBS diikuti Majlis di hotel oleh Menteri Wanita... Ketua Polis pula pantau naik helikopter sedangkan YDPA berada di darat dan macam-macam lagi.

Walau apapun ringan-ringankanlah bahu untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Rakyat Malaysia tetap bersatu ketika bencana dan hanya politikus yang sering main api perkauman.

Ayuh kita doa sama-sama mengikut kepercayaan masing-masing

.

Wahai tanah, seraplah airmu.

Wahai awan hentikanlah titisan airmu



Thursday, 14 January 2021

Nasi Kukus My Mama bersih atau tidak?

Miss I amat terpegun dengan Nasi Kukus My Mama kerana menyediakan makanan tradisional seperti nasi kukus dan sirap dalam Fast Food Style. Ia boleh dikatakan agak kreatif la. Kredit untuk menjalankan perniagaan seupama ini.

Tetapi sejauh manakah Nasi Kukus My Mama mencapai standard restoran yang baik?

Kebersihan

Melalui pemerhatian Miss I, kain lap meja digunakan untuk lap hampir semua benda. Contohnya kain meja itu digunakan untuk lap plastik bungkusan yang terdapat kuah berlebihan.

Packaging

Plastik murah digunakan untuk pack makanan, lalu ia bocor dan staf tidak teragak-agak untuk meletakkan semula atau tuang semula kuah dan ayam yang telah dibungkus ke dalam pan/ pot asal bersama kuah lain.

Staff

Hanya cashier agak friendly manakala staf lain tidak bertanya tentang our preferences dan hanya membuat kerja mengikut suka hari mereka. Agak lambat untuk siapkan hanya satu bungkusan.

Overall

Miss I bukan nak crticize tetapi seeloknya perkara-perkara asas seperti ini dielakkan untuk cecah global marketing atau great industry.

Pemerhatian ini hanya dilakukan di salah satu cawangan di Kuantan. Ayamnya memang besar dan terdapat aneka pilihan kuah. Harga memang berpatutan dari RM8-10 depend on set. Selamat Mencuba,




Sunday, 3 January 2021

Raja Pemaisuri Agong digelar hipokrit oleh Imam Termuka! (Quick Scan)

           


Imam of the Peace atau nama beliau Mohammad Tawhidi telah menyatakan bahawa wanita pertama Malaysia sebagai wanita paling hipokrit di Asia. 

Perkara ini berlaku selepas Raja Pemaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah upload instagram tentang masakan beliau kepada frontliners.

                                         


Manakala, Tawhidi menyatakan bahawa Tunku ialah seorang hipokrit kerana tidak mempersoalkan golongan gay dan wanita yang dirotan, dipenjarakan dan dibunuh dibawah Undang-Undang Syariah.

Beliau juga upload gambar seorang wanita yang sedang dirotan tetapi ia tidak berkaitan dengan Malaysia.



Miss I boleh guarantee setakat ini tiada golongan LGBT yang dibunuh di bawah undang-undang Malaysia.

Miss I amat kesal kerana Imam terkemuka tetapi tidak menyiasat fakta yang sebenar dan kedua suka berbanding kebaikan orang. Raja Pemaisuri Agong tidak perlu buat semua perkara. Setiap manusia ada peranan mereka tersendiri. Kita tidak perlu banding apple dengan durian. 

Harap imam tersebut minta maaf secara public kerana telah menghina Pemaisuri yang mesra rakyat! Imam tersebut tidak harus jejak kaki di Malaysia.





Tuesday, 19 May 2020

DR. M akan ingkar Titah YDP Agong! : Quick Scan

Tun Dr. Mohammad ialah seorang yang dihormati kerana sumbangan beliau sebagai PM ke 4 tetapi rakyat kesal dengan tindakan beliau yang telah mebuatkan Negara menjadi kucar-kacir. Mungkin pemerintahan beliau sebagai PM ke 4 dapat melindungi kesalahan-kesalahan beliau kerana kawalan media yang terlalu ketat dan media tidaklah semaju sekarang.

Dr.M tidak lagi boleh menipu rakyat dan terbukti sudah bahawa beliau hanya menginginkan kestabilan politik anaknya, Mukhriz Mahathir dan selamatkan kroni-kroni beliau.

Pada 18 Mei yang lalu, YDP Agong telah bertitah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah PM KE 8 yang sah dan meminta jangan bangkitkan isu berkaitannya lagi. YDP Agong juga menyatakan DR.M beria-ria meletak jawatan sebagai PM KE 7 walaupun telah dinasihati untuk tidak membuat demikian. Agendanya hanya untuk mengangkat Mukhriz sebagai PM dan ketepikan Anwar Ibrahim.

Apabila perkara tidak berlaku seperti yang dirancang, Dr. M ingin meneruskan undi tidak percaya terhadap PM ke 8. Kononnya, Negara Demokrasi. Sudah lupakah Dr.M? cara anda mengawal media dan memecah belahkan kaum atas nama kuota di Negara demokrasi ini.

Rakyat tak pernah pilih Pakatan Harapan tanpa PKR. Jadi dua-dua parti tidak pernah diisthyiarkan oleh rakyat. Rakyat lebih percaya kepada PM 8 kerana beliau bersama kami ketika susah. Cukup-cukup dikencing oleh PH, Dr.M sila pencen sekarang. PRU akan datang akan tentukan kerajaan kami. Shut up and step off.




Friday, 31 May 2019

Balik Raya cecah RM 30,000 : Quick Scan

Ah nama pun Hari Raya, mesti ramai yang nak balik kampung. Kesesakkan lalu lintas, tiada tiket bas, grab mahal dan sebagainya memang menjadi kebiasaan ketika raya ini.

Ada pula yang mengambil kesempatan ini tetapi membantu jugalah iaitu Hazmi Dimasyq Group telah menyediakan perkhidmatan helikopter untuk balik ke kampung. Ingat tak ada orang nak sewa ke? Rupa-rupanya ada 11 permintaan dan yang paling tinggi ialah dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru. Hebat orang Kelantan ini!

Tambang helikopter ke Kelantan ini boleh mencecah sehingga RM 30,000 sehala. Ah bersyukurlah kepada yang sudah ada tiket. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hati di jalan raya.

Quick Scan 4



Wednesday, 29 May 2019

Sekolah dinamakan di atas Nama Pemimpin DAP, Nga Kor Ming ! : Quick Scan

SJK (C) Sin Min Taiping, Perak menyatakan hasrat untuk menamakan blok baru sekolah tersebut di atasa nama Nga Kor Ming, speaker dewan rakyat.

Kecaman telah dibuat oleh AJK PSM, S.Arutchelvan yang menyatakan bahawa Nga Kor perlu belajar dari boss beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana Tun M tidak menyukai bangunan kerajaan dinamakan atas nama beliau.

MCA turut serta menyatakan bahawa Nga sepatutnya menolak permintaan untuk menamakan bangunan tersebut di atas nama beliau.

Manakala Nga menyatakan sekolah tersebut hanya ingin berterima kasih kepada beliau kerana beliau yang menguruskan proses pembinaan bangunan tersebut. Nga juga menyatakan bahawa sepatutnya sifat tersebut dipuji kerana ia menunjukkan Malaysian yang mengenali erti berterima kasih.



-Quick Scan 3-

Tuesday, 28 May 2019

Mahathir Anak Pendatang yang Kurang Ajar : Quick Scan

Mahathir Anak Pendatang yang Kurang Ajar begitulah kata-kata blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin.



Raja Petra menyatakan bahawa Najib ialah dari golongan atau keturunan berada dan sebab itulah dia mengatasi masalah dengan cara yag standard. Manakala, Mahathir yang mempunyai talian darah orang India amat kurang ajar dan disukai penyokong DAP yang kurang ajar juga.

Netizen amat terkilan dan marah lalu mengutuk Petra di dalam twitter. Ada yang menyatakan bahawa hanya makhluk kurang ajar akan membuat kenyataan kurang ajar seperti ini.

Sudahkah kita lupa jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun beliau berketurunan India?



Quick Scan 2


Monday, 27 May 2019

TNB charge lebih lepas Meter Baru : Quick Scan

TNB yang memang femes dengan iklan raya terpaksa menghadapi tuduhan apabila 'petition online' telah dilaksanakan dan menyatakan bahawa TNB telah charge lebih rakyat dan bakal membebankan.

Sebanyak 24,000 netizens telah setuju dengan petisyen dan mengesa kerajaan pusat mengkaji semula pengunaan meter digital supaya tidak membebankan rakyat.

Manakala Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menyatakan beliau telah pun menggesa TNB mengambil tindakan terhadap semua aduan daripada pengguna.

Harap-harap TNB tak cekik la darah kita yea...




Quick Scan 1.

Ok baiklah, dah biasa dengan Teacher's Help, Travel Buddy, Mikea, K-Talk, Learn- I dan sebagainya kan. Nie Quick Scan pula. Tiap hari update berita sensasi. Stay Tuned.

Sunday, 21 April 2019

Bossku Hilang Sabar!

Itu dia serba sedikit tentang Bossku. 

Apabila ada seorang Malaysian yang kononya berpatriotik tinggi menanyakan soalan kepada Dato Seri Najib Tun Razak tentang duit rakyat.

Soalannya pun kurang jelas dan yang dia tanya kenapa prosoding tidak dapat didengar. Masalahinya soalan itu perlu ditanya kepada Mahkamah ataupun Peguam Negara. Jadi polis cuba menanhan individu yang beria-ria tanya soalan tersebut.

Oleh itu, DS Najib meninggikan suara ataupun menjeritlah terhadap anggota polis tersebut. Ada pula uar-uar yang menyatakan individu itu ialah macai PH. Tak taulah apa kaitannya.

Sejak kebelakangan ini politik telah melampaui batas dan api perkauman dimainkan. Oleh itu sebelum berkongsi apa-apa tentang politik. Siasat dahulu dan pastikan ianya sahih.

Okay nak tengok bossku jerit. Tengok link dibawah. Tq.


https://www.msn.com/en-my/news/videos/najib-loses-cool-shouts-at-police/vi-BBW3b41


Saturday, 23 February 2019

PRK SEMENYIH : CALON PAKATAN HARAPAN, AIMAN BEROTAK SIZE BURUNG SAHAJA ? DITROLL TERUK

Sudahlah, calon  Bersatu atau Pakatan Harapan PRK Semenyih ini dikatakan tidak berkompeten kerana gagal menunjukkan sifat-sifat seorang pemimpin. Bermula dengan hujah beliau yang tidak masuk akal kerana menjanjikan perubahan dalam masa satu hari. Hari ini menang, esok semua selesai. Janji ini seolah-olah tiada apa-apa pegangan.

Yang paling teruk, beliau langsung tidak tahu Bahasa Inggeris. Basic English pun tiada. Dahlah PH dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai sijil pendidikan palsu tambah pula dengan pemimpin 'mangkuk', susahlah rakyat nanti. Ini antara kerisauan netizen

Tontonlah video Aiman ditroll di bawah!

https://www.facebook.com/asalbukanDAP/videos/302459880452975/?t=210


Monday, 21 January 2019

Thaipusam Live : TRAVEL BUDDY

Happy Thaipusam Everyone...Lord Muruga will always blesses his devotees.

This year Thaipusam is getting merrier and Batu Caves is expected to receive 1.6 million Hindu visitors. With new silver chariot and colourful renovated staircase, Batu Caves Temple (the grandest Thaipusam celebration host) is making the celebration wonderful.

Those who cannot visit Batu Caves, can try these 6 Temples:

1. Waterfall / Hilltop Temple, Penang

2. Kallumallai Temple, Ipoh

3. Muniswarar Temple, Johor

4. Sri Mahamariamman Temple, Kuala Lumpur

5. Arulmigu Sri Mahamariamman Temple, Penang

6. Tawau Thirumurugan Temple, Sabah.

All these temples are famous in Malaysia for Thaipusam.

Okay those who cannot visit temple, just watch the live telecast by ASTRO ULAGAM:

https://www.facebook.com/AstroUlagam/

They are doing great job in telecasting about Thaipusam at the same time sharing info on Hinduism. Supporting good media is Miss I's priority.

At the same time, many local songs on Muruga have been released so Miss I takes this opportunity to share it.

LORD MURUGAN / THAIPUSAM SONGS






THAIPUSAM BEAUTIFUL PICS








Friday, 21 December 2018

Oprah Winfrey's Inspiring Story : Untold Stories

Hi, 2019 is around the corner so Miss I will always come out with new things. We are introducing Untold Stories where we are going to share amazing histories of places, people, unsung heroes and culture.

Let's begin with   Oprah's story in a comic. Click to enlarge it!


Thursday, 20 December 2018

Nur Sajat : Nama Sebenar Nur Sajat ! (PENTING SANGAT KE?)


Seluruh Malaysia kini sibuk dengan nama sebenar Nur Sajat yang dikatakan memiliki nama lelaki tetapi dinafikan oleh Nur Sajat bahawa itu bukan nama sebenar beliau.

Apakah begitu penting bahawa Sajat itu lelaki atau perempuan? Ini yang dikatakan mentaliti kelas kedua yang menyebabkan Malaysia tidak maju! Kita sibuk menjaga tepi kain orang dan lupa bahawa kita sedang melakukan diskriminasi atau buli terhadap individu yang kita kecam.

Mungkin ia sebagai satu nasihat tetapi cara kita menyampaikan mungkin membawa penderaan mental terhadap seorang individu. Namun lihat Sajat dia masih kuat dan dia bertambah happy bila sale dia bertambah dan langsung tidak terguris dengan kecaman.

Bukankah lebih baik kita menilai mereka secara positif dan melihat mereka bagaimana mereka berjaya dalam bisnes dan sbgnya. Ini tidak, lagi dikecam lagilah mereka buat macam-macam untuk promosi dan untuk seek attention.

Ini ialah fenemona yang sering berlaku terhadap individu yang maju seperti DSV, Aliff Syukri, Syinta dan sebagainya... Ayulah kita memberi komen seperti orang berilmu dan bukannya sperti orang berotak carrot!

-MISS I-

nie contoh komen orang-orang otak carrot bak kata KJ



Thursday, 26 April 2018

MIC Candidates/ Calon PRU 14 / 2018

Tidak perlu lagi diuarkan tentang Pilihanraya Umum 2018 (PRU 14) yang bakal diadakan pada 9 Mei 2018 ini. Semua orang telah sedia maklum tentang perkara ini. Miss I teruja kerana telah menerima email daripada pembaca Miss I. Pembaca tersebut ingin mengenali calon MIC pada PRU kali ini. 

Miss I amat kagum untuk mempunyai pembaca seupama ini kerana berani menyuarakan pendapat dan ingin tahu tentang beberapa perkara melalui laman Miss I.

Oleh itu, Miss I team telah melakukan beberapa usaha untuk mendapatkan senarai Calon MIC untuk PRU 2018. Kerusi MIC ialah sedikit berbanding UMNO dan MCA. Oleh itu, Miss I sediakan dalam bentuk gambar.

Pembaca lain pun boleh email kepada kuantanni@gmail.com tentang perkara-perkara yang anda ingin tahu. Team kami bersedia untuk memenuhi kehendak anda. Terima Kasih.