Saturday 18 July 2015

Apa lagi Malaysian mahu?

Hari ini saya nak tulis blog saya dalam Bahasa Malaysia sebab audience saya untuk post ini hanya Malaysian. Sejak kebelakangkan ini banyak isu perkauman tercetus dan yang paling utama ialah isu kat Low Yat. Pergaduhan di antara seorang pekedai dengan seorang pembeli menjadi isu di antara kaum A vs Kaum B. Lihatlah betapa ceteknya ilmu, nilai murni  dan mentality orang kita. Malu tak?

            Saya pun ada dengar ucapan Zahra di Youtube yang memperjuangkan nasib anak muda  tetapi malangnya dia hanya tekankan anak melayu. Bukankah Malaysia ini terdiri daripada Melayu, India, Cina, Iban, Bidayuh, Anak Sungai, Chettiar dan sebagainya. Kenapa tak perjuangkan nasib mereka sekali, mereka pun bayar GST. Kita siap ada system kuota, mereka tiada. Kenapa kita tak lihat semua kaum sebagai orang Malaysia, kalau kita mempunyai pandangan seperti  tu isu Low Yat takkan berlaku.

            Kita boleh bersatu ketika Gunung Kinabalu gegar, ketika kehilangan MH37, tumpasnya MH17, skandal 1MDB, banjir besar yang tenggelamkan seluruh Malaysia, bangkitnya GST dan sebagainya. Waktu tu kita tak melihat warna kulit, kita hanya bersatu untuk menghadapi cabaran. Perasaan tak, bumi tanah air kita pun tidak bersama kita lagi, EVERYTHING TURNS AGAINST US!

            Pemimpin kita pun cuba dijatuhkan oleh orang lain kerana agenda sendiri. Saya tidak cakap pemimpin kita benar, saya cuma minta jangan kita menangkan seekor musang untuk agenda buruk dia.  Negara kita kini di krisis, ekonomi merosot dan pelbagai isu dan skandal melanda. We should be together and overcome all this. Sudah-sudahlah kita burukan keadaan dengan isu perkauman. Ayuh Bersatu! Jangan tanya apa lagi Melayu mahu, apa lagi Cina mahu, apa lagi India mahu, tanyalah Apa lagi Malaysian mahu?