Tular baru-baru ini mengenai sebuah kampung yang agak besar di persisiran pantai, iaitu di kawasan Bukit Malut, Langkawi. Ramai yang menyatakan bahawa orang Rohingya telah merampas kedaulatan Malaysia dengan mendirikan sebuah kampung di kawasan Bukit Malut.
Miss I tidak akan melaporkan sesuatu sekiranya perkara tersebut tidak benar. Hasil pemerhatian Team Miss I mendapati bahawa sebenarnya Bukit Malut terdiri daripada orang Melayu dan juga kebanyakannya merupakan keturunan campuran dari Myanmar. Ini bermakna, Bukit Malut didirikan bersama oleh orang Melayu dan orang Myanmar.
Namun, status tanah tersebut, sama ada tanah haram atau harta pusaka, masih belum dapat dipastikan.
Hubungan antara orang Melayu dan orang Myanmar terjalin kerana aktiviti penangkapan ikan, kerana kebanyakan mereka merupakan nelayan.
Memang benar terdapat ramai orang Rohingya di Langkawi. Namun, dakwaan bahawa pembinaan kampung haram di Bukit Malut dilakukan oleh orang Rohingya adalah tidak benar sama sekali.
Jangan mudah percaya kepada berita palsu. Dapatkan maklumat yang sahih hanya di Miss I.
Source Google Picture:

No comments:
Post a Comment