Saturday 27 August 2016

GURU / SU LADAP Latihan Dalam Perkhidmatan KPM (Teacher's Help)

This post is written in Malay as it is related to Malaysian Teaching Professions. Thank You.

Guru atau Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) pastinya mempunyai tanggungjawab yang berat kerana harus memastikan guru-guru lain menepati syarat Ladap iaitu dengan mematuhi 42 jam latihan setahun dan sebagainya.Harap nota yang disediakan oleh Miss I mampu membantu guru-guru.


Mengisi Program Ladap

-         Setiap staff akademik atau sokongan harus memenuhi syarat latihan 42 jam setahun bermakna 
      7 hari x 6 Jam. Syarat ini boleh dipenuhi dengan menghadiri program Ladap sekolah atau kursus-kursus luar.
-           
-          Guru Ladap boleh memastikan syarat ini dipenuhi dengan menetapkan 1 program setiap bulan yang mempunyai 6 jam. Pada bulan 7 pastinya semua akan memenuhi syarat tersebut. Tetapi lebih elok setiap tahun ada sekurang-kurangnya 10 program dalam rancangan.
-           
-          Kini kelonggaran yang diberi ialah perhimpunan boleh dikira sebagai Ladap. Tetapi hanya sekali sebulan dan mesti diisi hanya 2 jam. (Semua program dijalankan hari persekolahan tidak boleh melebihi 3 jam).
-           
-          Sekiranya perhimpunan dikira, secara tidak langsung akan dapat (2x 11 bulan)= 22 jam secara percuma. Cuma pastikan staff bukan akademik turut serta nyanyi Negaraku tiap pagi tu yea supaya dapat isi jam juga.
-           
-          Berikut cara menulis tajuk Ladap: Perhimpunan Awal Bulan Januari (Visi Misi Sekolah). Tajuk dibicarakan mesti ada mengikut tajuk minggu bertugas atau takwim.
-           
-          Lebih menarik untuk Mesyuarat Hari Sukan juga boleh diisi sebagai Ladap. Pastinya S/U Sukan akan membuat taklimat hari sukan jadi bolehlah diisi sebagai Taklimat Sukan (3 Jam) sebab dikira sebagai ‘coaching’ juga.

-          Sambutan-sambutan lain seperti Hari Ponggal, Pameran Gigi juga boleh dikira Ladap sekiranya penceramah-penceramah luar atau topik- topik seperti budaya, tradisional dan kemahiran dibincangkan.

Tugas-tugas guru lain

-Guru-guru lain wajib mengisi TNA melalui modul individu sebelum Januari setiap tahun!
-Gambar mesti dimuat naik. (Gambar passport formal jangan nak posing lebih-lebih).
-Pengalaman perkhidmatan harus diisi (Guru baru posting tak perlulah!)
- Sumbangan professional (Ketua Pengawas, Jurulatih dan sebagainya)
-Sumbangan bukan professional (Jawatan di NUTP, Badan Beruniform Kebangsaan dll.)
- Setiap sumbangan mesti mempunyai bukti sijil dan disahkan oleh Ketua Jabatan kemudian disimpan oleh SU LADAP.

FILE LADAP
Berikut ialah maklumat-maklumat yang diperlukan untuk setiap LADAP.
TAJUK TAKLIMAT:
TARIKH:
TEMPAT:
KEHADIRAN:

Harap nota ini membantu guru-guru LADAP terutama sekali yang baru memegang jawatan tersebut. Harap nota ini membantu. Sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen. Team Miss I sedia membantu.


7 comments:

  1. boleh tak buat ldp rombongan pastu paksa cikgu ikut & paksa cikgu bayar kos rombongan tu? klu x join gb amik tindakan?

    ReplyDelete
  2. boleh tak buat ldp rombongan pastu paksa cikgu ikut & paksa cikgu bayar kos rombongan tu? klu x join gb amik tindakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... rombongan sahaja-sahaja tanpa memperoleh ilmu baru bukanlah LADAP. LADAP mesti merupakan program yang membantu kembangkan kemahiran guru.
      Tentang bayaran sila rujuk semula PPD sekolah daerah cikgu.

      Delete
  3. hi....aktiviti gotong royong boleh kah dikira sbg ladap

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea...boleh...sblm gotong royong, ada taklimat kan...masukkn yg itu sbg ladap

      Delete
  4. Salam cikgu..cikgu ada nota @ powerpoint berkaitan tugas su ladap? Boleh sy nak minta?...mohon emel ke faradorahim@gmail.com ye cikgu...sy baru pegang jawatan sesi 2023..masih mencari2 maklumat..terima kasih ckgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi maaf, saya lama tidak pegang tugas berkaitan SU LADAP jadi memang tiada ppt berkaitan itu. Saya usahakan untuk cari. Terima Kasih.

      Delete