Friday 31 May 2019

Balik Raya cecah RM 30,000 : Quick Scan

Ah nama pun Hari Raya, mesti ramai yang nak balik kampung. Kesesakkan lalu lintas, tiada tiket bas, grab mahal dan sebagainya memang menjadi kebiasaan ketika raya ini.

Ada pula yang mengambil kesempatan ini tetapi membantu jugalah iaitu Hazmi Dimasyq Group telah menyediakan perkhidmatan helikopter untuk balik ke kampung. Ingat tak ada orang nak sewa ke? Rupa-rupanya ada 11 permintaan dan yang paling tinggi ialah dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru. Hebat orang Kelantan ini!

Tambang helikopter ke Kelantan ini boleh mencecah sehingga RM 30,000 sehala. Ah bersyukurlah kepada yang sudah ada tiket. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hati di jalan raya.

Quick Scan 4



No comments:

Post a Comment