Sunday 24 May 2020

'Hero' Cerita Tamil, mesti tonton! : Moview


Okay, sejak kebelakangan ini, Orang Melayu lebih minat kepada cerita Tamil atau Kollywood berbanding Bollywood. Antara cerita Tamil yang best ialah Ratchasi, Ratchasan, 7AM Arivu, Enthiran dan sebagainya. Miss I akan cadang lagi satu filem iaitu Hero.

Hero diterbitkan pada tahun 2019 dan  baru sahaja ditayang di Astro Sun TV channel 211, Cerita ini lebih kepada mencari murid-murid berbakat terutama dalam aspek inovasi. Inovasi- inovasi mereka dihalang oleh syarikat korporat kerana risau perniagaan mereka akan diancam oleh inovasi baru.

Hero akan menyelamatkan kanak-kanak itu daripada ancaman penjahat dan yang penting filem ini mengirtik sistem pendidikan yang menilai semua murid menggunakan peperiksaan yang sama. Pada masa yang sama, mendedahkan betapa gagalnya India untuk melahirkan seorang generasi yang berguna.

Latar belakang filem ini juga menarik dan ala-ala Hollywood. Contohnya, tempat operasi Hero ialah green house. Hero dia pun agak top iaitu Sivakartikeyan.

Cerita ini tidaklah seperti cerita Tamil yang lain yang sibuk dengan agenda cinta, gaduh, stalking, menari-nari tunjuk perut dan sebagainya. Cerita ini ada strong mesej dan memang bestlah. Wajib tengok! 8.2/10 Moview Star for this movie!


Tuesday 19 May 2020

DR. M akan ingkar Titah YDP Agong! : Quick Scan

Tun Dr. Mohammad ialah seorang yang dihormati kerana sumbangan beliau sebagai PM ke 4 tetapi rakyat kesal dengan tindakan beliau yang telah mebuatkan Negara menjadi kucar-kacir. Mungkin pemerintahan beliau sebagai PM ke 4 dapat melindungi kesalahan-kesalahan beliau kerana kawalan media yang terlalu ketat dan media tidaklah semaju sekarang.

Dr.M tidak lagi boleh menipu rakyat dan terbukti sudah bahawa beliau hanya menginginkan kestabilan politik anaknya, Mukhriz Mahathir dan selamatkan kroni-kroni beliau.

Pada 18 Mei yang lalu, YDP Agong telah bertitah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah PM KE 8 yang sah dan meminta jangan bangkitkan isu berkaitannya lagi. YDP Agong juga menyatakan DR.M beria-ria meletak jawatan sebagai PM KE 7 walaupun telah dinasihati untuk tidak membuat demikian. Agendanya hanya untuk mengangkat Mukhriz sebagai PM dan ketepikan Anwar Ibrahim.

Apabila perkara tidak berlaku seperti yang dirancang, Dr. M ingin meneruskan undi tidak percaya terhadap PM ke 8. Kononnya, Negara Demokrasi. Sudah lupakah Dr.M? cara anda mengawal media dan memecah belahkan kaum atas nama kuota di Negara demokrasi ini.

Rakyat tak pernah pilih Pakatan Harapan tanpa PKR. Jadi dua-dua parti tidak pernah diisthyiarkan oleh rakyat. Rakyat lebih percaya kepada PM 8 kerana beliau bersama kami ketika susah. Cukup-cukup dikencing oleh PH, Dr.M sila pencen sekarang. PRU akan datang akan tentukan kerajaan kami. Shut up and step off.