Thursday 23 December 2021

Apa itu NADMA? dan kenapa ia GAGAL!


Ramai di Malaysia sedang mencari NADMA kerana ia lesap ketika dia patut beraksi.

Quick Info:

1. NADMA ditubuhkan oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 2015 untuk ambil alih tugas MKN. (Ambil alih yea)

2. Nama Penuh: National Disaster Management Agency. (Nama BI tu. Lupa pula Pak menteri nak martabatkan BM)

3. Siap ada bangunan khas dan pegawai-pegawai awam tahu yang makan gaji buta. Selalu cakap cikgu yang banyak jasa makan gaji buta. Ini tak tahulah apa kes. Siap ada Pengarah tau. Tak taulah pengarah pakai kabel apa.

3. Fungsi dan Tanggungjawab:

i. Menyelaras mekanisme Pengurusan Bencana Negara
ii. Merangka Dasar Pengurusan Bencana Negara
iii. Menguruskan Kumpulan Wang Amanah Bencana
iv. Mengetuai pasukan misi bantuan kemanusiaan bencana (KETUA tau)

Banyak lagi tugasnya. Tulis banyak2 pun kita takkan baca. No.4 tu paling penting. Pak Cik kat kampung tu pun tahu kalau tersadai di atas bumbung, NADMA yang kena selamatkan tetapi Menteri yang dipilih rakyat dan PM tak tahu.

Mengapa ia gagal?

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas2 Khas), Dr,Abdul Latiff yang memegang amanah.

2. Menteri baru kan dia tidak tau pun kot NADMA dibawah dia. Bangun tidur 19 Disember baru sedar kot. 

3. Bangau oh Bangau- PM suruh NADMA suruh Negeri/ Menteri Besar suruh Pusat

4. Tidak effektif. Kerajaan gagal yang ada markah 90%. Ini akibatnya.

5. Sistem protokal yang tak masuk akal dan tak membantu. Peraturan untuk memudahkan bukan menyukarkan. Samalah senario dengan Dewan Rakyat, speaker tolak usul banjir walaupun Negara dilanda banjir. Macam mana nak maju!

6. Tak cukup kewangan diberi kepada NADMA (tunding ke Menteri Kewangan pula)

7. Pengundi yang kurang bijak. (Undi semua ahli bebas ye lepas ini. :) ) Gurau je.

Seelok-eloknya, orang yang diberi amanah jika tidak jalankan tugas. Letaklah jawatan, itulah ajaran Nabi. Mana squad Kjaan Gagal. Tolong pastikan menteri-menteri seupama ini tidak berterusan. Terima Kasih.

                


Tuesday 21 December 2021

Sepintas Lalu: Banjir 2021

Ingatkan 2020 je yang teruk dilanda pandemik tetapi 2021 tidak mengalah untuk terus menguji kita. Banjir 2021 yang terbesar dan kebanyakan rumah rakyat Malaysia dinaiki air buat kali pertama. Jadi memang tiada persediaan untuk menghadapi bencana ini.

Antara kawasan yang sering didengar ialah Taman Sri Muda, Sg.Lui, Shah Alam, Karak, Bentong dan beberapa kawasan di Kuantan. Keenam negeri di semenanjung iaitu Selangor, Pahang, Negeri, Melaka, Kelantan dan Terengganu mengalami banjir yang tidak pernah diduga.

Setakat hari ini, 17 terkorban dalam banjir seluruh negara.

Dalam kesusahan pasti ada hikmah dan inilah kompilasi video-video yang menunjukkan bahawa Humanity atau sifat kemanusiaan itu masih wujud.

1. Seorang wanita tanpa merisaukan keselamatannya menyelamatkan seorang makcik yang berada dalam kenderaanya dan hampir hanyut di Maran.

Video : https://fb.watch/a1wjyGFSLb/

2. Menteri besar Selangor yang turun padang dan menyelamatkan bayi dan orang tua.

3. Seorang cucu yang tekad menyelamatkan neneknya. Siap bagi kata2 perangsang!

Video: https://fb.watch/a1xaSKpQep/

4. Satu keluarga bersama kawan-kawan India memasak dan membahagikan makanan tanpa mengira kaum.

Video: tiktok

5. Seperti biasa, Kerabat diraja Pahang dan Johor yang prihatin terhadap mangsa banjir. Dalam video ini boleh dilihat, Tengku Hassanal sendiri yang mengangkat pesakit ke dalam helikopter.

Video: https://www.instagram.com/tv/CXs-8UFJJif/?utm_source=ig_web_copy_link



Geng-geng MUDA Syed Saddiq dan Parti Keadilan Rakyat, MP Batu, P. Prabhakaran turut turunpadang dan banyak membantu. Ramai lagi sebenarnya.

Terdapat juga insiden-insiden yang menyakitkan hati seperti 

Majlis Sukaralewan oleh KBS diikuti Majlis di hotel oleh Menteri Wanita... Ketua Polis pula pantau naik helikopter sedangkan YDPA berada di darat dan macam-macam lagi.

Walau apapun ringan-ringankanlah bahu untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Rakyat Malaysia tetap bersatu ketika bencana dan hanya politikus yang sering main api perkauman.

Ayuh kita doa sama-sama mengikut kepercayaan masing-masing

.

Wahai tanah, seraplah airmu.

Wahai awan hentikanlah titisan airmu