Miss I amat terpegun dengan Nasi Kukus My Mama kerana menyediakan makanan tradisional seperti nasi kukus dan sirap dalam Fast Food Style. Ia boleh dikatakan agak kreatif la. Kredit untuk menjalankan perniagaan seupama ini.
Tetapi sejauh manakah Nasi Kukus My Mama mencapai standard restoran yang baik?
Kebersihan
Melalui pemerhatian Miss I, kain lap meja digunakan untuk lap hampir semua benda. Contohnya kain meja itu digunakan untuk lap plastik bungkusan yang terdapat kuah berlebihan.
Packaging
Plastik murah digunakan untuk pack makanan, lalu ia bocor dan staf tidak teragak-agak untuk meletakkan semula atau tuang semula kuah dan ayam yang telah dibungkus ke dalam pan/ pot asal bersama kuah lain.
Staff
Hanya cashier agak friendly manakala staf lain tidak bertanya tentang our preferences dan hanya membuat kerja mengikut suka hari mereka. Agak lambat untuk siapkan hanya satu bungkusan.
Overall
Miss I bukan nak crticize tetapi seeloknya perkara-perkara asas seperti ini dielakkan untuk cecah global marketing atau great industry.
Pemerhatian ini hanya dilakukan di salah satu cawangan di Kuantan. Ayamnya memang besar dan terdapat aneka pilihan kuah. Harga memang berpatutan dari RM8-10 depend on set. Selamat Mencuba,
No comments:
Post a Comment