Tuesday 21 December 2021

Sepintas Lalu: Banjir 2021

Ingatkan 2020 je yang teruk dilanda pandemik tetapi 2021 tidak mengalah untuk terus menguji kita. Banjir 2021 yang terbesar dan kebanyakan rumah rakyat Malaysia dinaiki air buat kali pertama. Jadi memang tiada persediaan untuk menghadapi bencana ini.

Antara kawasan yang sering didengar ialah Taman Sri Muda, Sg.Lui, Shah Alam, Karak, Bentong dan beberapa kawasan di Kuantan. Keenam negeri di semenanjung iaitu Selangor, Pahang, Negeri, Melaka, Kelantan dan Terengganu mengalami banjir yang tidak pernah diduga.

Setakat hari ini, 17 terkorban dalam banjir seluruh negara.

Dalam kesusahan pasti ada hikmah dan inilah kompilasi video-video yang menunjukkan bahawa Humanity atau sifat kemanusiaan itu masih wujud.

1. Seorang wanita tanpa merisaukan keselamatannya menyelamatkan seorang makcik yang berada dalam kenderaanya dan hampir hanyut di Maran.

Video : https://fb.watch/a1wjyGFSLb/

2. Menteri besar Selangor yang turun padang dan menyelamatkan bayi dan orang tua.

3. Seorang cucu yang tekad menyelamatkan neneknya. Siap bagi kata2 perangsang!

Video: https://fb.watch/a1xaSKpQep/

4. Satu keluarga bersama kawan-kawan India memasak dan membahagikan makanan tanpa mengira kaum.

Video: tiktok

5. Seperti biasa, Kerabat diraja Pahang dan Johor yang prihatin terhadap mangsa banjir. Dalam video ini boleh dilihat, Tengku Hassanal sendiri yang mengangkat pesakit ke dalam helikopter.

Video: https://www.instagram.com/tv/CXs-8UFJJif/?utm_source=ig_web_copy_link



Geng-geng MUDA Syed Saddiq dan Parti Keadilan Rakyat, MP Batu, P. Prabhakaran turut turunpadang dan banyak membantu. Ramai lagi sebenarnya.

Terdapat juga insiden-insiden yang menyakitkan hati seperti 

Majlis Sukaralewan oleh KBS diikuti Majlis di hotel oleh Menteri Wanita... Ketua Polis pula pantau naik helikopter sedangkan YDPA berada di darat dan macam-macam lagi.

Walau apapun ringan-ringankanlah bahu untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Rakyat Malaysia tetap bersatu ketika bencana dan hanya politikus yang sering main api perkauman.

Ayuh kita doa sama-sama mengikut kepercayaan masing-masing

.

Wahai tanah, seraplah airmu.

Wahai awan hentikanlah titisan airmu



No comments:

Post a Comment