Wednesday 4 December 2019

Tuesday 3 December 2019

Sunday 1 December 2019

Drama- drama Fikry Ibrahim

Rasanya tak perlu intro lagi kot untuk anak kelahiran Kedah ini, Fikry Ibrahim. Artis yang tengah hangat dengan drama Rindu Terlarang.  Jom kita tengok drama- drama yang pernah dibintangi oleh Fikry!

1. Hero Seorang Cinderella

Anak muda ini pernah bintangi drama ini cuma ramai yang tak tau kerana dia membawa watak sampingan sahaja ketika itu.  Cerita ini tentang Farah Fauzana dihalau oleh ayah sendiri kerana hasutan mak tiri. Ketika itu, Fattah Amin selalu hadir dalam hidup Farah sebagai hero penyelamat.


2. Kerna Syurga Bukan Percuma

Drama ala Islamik ini pernah ditayangkan di Astro Oasis. Ia mengisahkan tentang remaja yang ingin pulang ke pangkal jalan tetapi hijrah itu tidaklah semudah yang disangka!


3. Rahsia Hati Perempuan

Drama televisyen romantik ini pernah disiarkan di Astro Ria pada tahun 2018. Ia mendapat sambutan yang baik daripada peminat dan sekaligus menonjolkan bakat Fikry yang membawa watak Mikael.



4. Cik Ren dan Encik Ngok Ngek

Drama adaptasi novel ini diterbitkan oleh Dato Rosyam Nor sendiri. Fikry dikahwin paksa dengan Farah Nabila untuk menyelamatkan maruah keluarga. Ceritanya adakah mereka akan terus bersama?




5. Cekelat Honey
Gandingan Nordiana dan Fikry memang dinantikan ramai.  Drama yang berpusatkan cafe ini lebih memenuhi fantasi cinta remaja.



6. Encik Iman Express

Drama Fikry kebanyakkannya popular dan juga adaptasi novel. Drama ini pun tentang kisah percintaan suami isteri yang melibatkan orang ketiga.



7. Kau yang Pertama

Ikatan pertunangan CEO dengan gadis pilihannya mendapat perhatian netizen. Malangnya perkahwinan mereka terhenti selepas Fikry tertarik dengan gadis internship di syarikatnya.



8. Rindu yang Terlarang

Pasangan cinta yang mendapat tentangan daripada dua-dua keluarga kerana urusan harta.




Okay, Miss I belanja juga sedikit gambar Fikry Ibrahim. Enjoy dan share. Kalau minat tentang artis lain atau ingin mengetahui tentang apa-apa. Tinggalkan komen di bawah. Tq.

.