SJK (C) Sin Min Taiping, Perak menyatakan hasrat untuk menamakan blok baru sekolah tersebut di atasa nama Nga Kor Ming, speaker dewan rakyat.
Kecaman telah dibuat oleh AJK PSM, S.Arutchelvan yang menyatakan bahawa Nga Kor perlu belajar dari boss beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana Tun M tidak menyukai bangunan kerajaan dinamakan atas nama beliau.
MCA turut serta menyatakan bahawa Nga sepatutnya menolak permintaan untuk menamakan bangunan tersebut di atas nama beliau.
Manakala Nga menyatakan sekolah tersebut hanya ingin berterima kasih kepada beliau kerana beliau yang menguruskan proses pembinaan bangunan tersebut. Nga juga menyatakan bahawa sepatutnya sifat tersebut dipuji kerana ia menunjukkan Malaysian yang mengenali erti berterima kasih.
-Quick Scan 3-
No comments:
Post a Comment