Saturday 19 February 2022

MUDA takkan menang PRU 2022...

MUDA ialah parti baru yang ditubuhkan bersama Syed Saddiq dan parti ini mendapat perhatian ramai selepas banjir kilat yang berlaku tetapi adakah MUDA akan menang PRU




PARTI BERUDU

Kini MUDA dikenali sebagai parti berudu. Pada mulanya, Syed menyatakan bahawa dia tidak akan menyokong mana-mana parti yang mempunyai ahli yang suka melompat parti. Itulah alasan diberi Syed untuk tidak bertanding di Melaka. Tetapi akhirnya di Johor, Syed bersama PH...PKR, Amanah dan DAP. Sebab itu ia digelar Parti Berudu dan bukannya Katak.

GABUNGAN YANG SALAH

Memang benar MUDA tidak boleh menang jika bertanding seorang tetapi gabungan pun tidak akan membantu MUDA. Dengan gabungan yang salah MUDA pasti kalah. UMNO bukannya pilihan tetapi UMNO merupakan pilihan terakhir dan PH amatlah dibenci rakyat.

UNDI 18

Tahukah anda remaja umur 18 di Malaysia mempunyai mentaliti yang kurang cerdik dalam membuat keputusan. Syed yang membuat aturan kononya Undi 18 akan membantu mereka menang sebenarnya Undi 18 ini akan menyebabkan mereka ikut telunjuk ibu bapa mereka dan lebih teruk lagi mereka tidak akan keluar mengundi.

MUDA ITU BUKAN MUDA

Pengerusi MUDA di Johor tidaklah semuda yang disangka. Syed pun akan tua jua. Jadi konfiden apakah yang digunakan untuk menyatakan MUDA itu milik orang muda?

MENTERI BELIA DAN SUKAN

Tahukah anda Syed gagal sebagai Menteri Belia dan Sukan? Tujuan Menteri Belia ialah untuk melahirkan belia yang sihat, cerdas dan berguna kepada Negara. Tetapi, fokus Syed hanya pada E-Sports.

KEAHLIAAN YANG LEMAH

Dengar khabar ada yang mendaftar sebanyak 4 kali baru mendapat Sijil Muda. Baru-baru ini sahaja Biro Data dan Teknologi MUDA menghantar sihil-sijil. Sekiranya dari awal lemah bagaimana MUDA nak buat perancangan untuk menang pilihanraya.


Jadi kita tunggu dan lihat sahaja. Ini bukan lagi masa untuk MUDA tetapi jika ia berusaha berterusan, ia pasti menang pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment