Monday 20 May 2019

Travel ke Padang / Bukit Tinggi, Indonesia dengan RM 1000 sahaja.

Okay, hari tu terbang ke Airport Minangkabau, Padang Indonesia pergi balik hanya dengan RM 224. Lepas tu kita ambil Supir atau Tour guide dengan hanya RM600 termasuk hotel, transport dan makan 3 kali sehari.

Sebenarnya Padang tiada apa-apa pun, kebanyakkan tempat melancong hanya di Bukit Tinggi. 2jam dari Padang ke Bukit Tinggi tapi Supir kan ada.

Hari Pertama

1. Kita ke Kiniko Cafe...di sini bolehlah lihat pembuatan kopi, beli kayu manis dan kopi. Daun kayu manis yang boleh direbus dan minum pun ada.

2. Tabek patah boleh makan Nasi padang di sebelah sawah. Memang lawa dan banyak gambar cantik boleh ditangkap.

3. Istana Pagar Ruyung yang dibina oleh Raja Hindu memang cantik dengan style Minangkabau.Jadi boleh juga bergambar di situ dengan pakaian tradisional Minangkabau.

4. Bung Hatta memorial. Bung Hatta ialah bapa kemerdekaan Indonesia. Musuem ini free je tapi banyak barang unik seperti basikal zaman dahulu yang boleh digunakan untuk bergambar.

5. Shopping tenunan la. Nanti supir bawalah jalan. Tenunan memang murah.

6. Panorama. Tak banyak benda tapi ada tempat love yang boleh ditangkap gambar macam kat bawah.



Hari Kedua

1. Kita ke Kampung Eropa, Lembah Harau. Dekat sini pun banyak je tukang gambar. So, boleh je minta diorang tangkap. Disebabkan duit Indonesia murah sikit, dalam RM8 je satu gambar.

2. Kat sini adalah rumah-rumah ala-ala Eropah tapi ada tiket masuk tau.

3. Nak pandu basikal and naik kitar terbang pun boleh. Cun bergambar.

4. Lepas tu pergi ke park yang ada Lubang Jepun atau Jepang. Tapi ada uar-uar yang menyatakan lubang tu seram dan berhan.... Pandai-pandailah, nak masuk bole je atau just snap pic around taman tu.

5.Last kali bolehlah ke Jam Gadang dan Plaza Bukit Tinggi. Tapi sini tak d apepun. Just bergambar kenangan dengan Jam Gadang. Dalam plaza tu langsung tak d apa. Nak kata murah pun, biasa je barang dia.

Hari Ketiga

1. Kita balik semula ke padang sebab flight kita pagi esok pukul 8a.m Di sini kami tengok pulau Si Tanggang. Tau kan cite dia. Diorang kata sinilah berlakunya kisah sebenar dia. Mmmg ada kerangka-kerangka si Tanggang dan kapalnya. Tak tau lah simen ke tak tapi mereka kata betullah. SERAM!

Overall

Supir ini memang peramah driver dia lah.

Suka hijau pergilah ke Padang.

Suka tenunan/ batik, bawa duit banyak sikit, boleh beli banyak. Yang best boleh shopping dalam RM juga.











Last, Padang sedap untuk Nasi Padang dan gambar yang cantik.

Kalau nak nombor supir:

1. Like FB kami https: //www.facebook.com/missiblo/
2. Komen dalam mana-mana post kami
3. Kami akan pm anda.


No comments:

Post a Comment