Sunday, 23 December 2018

Pelaksanaan Kelas Pertama di Sekolah

Okay banyak persoalan yang ditanyakan oleh guru novis...apa yang perlu dilakukan dalam pengajaran kelas pertama supaya sepanjang tahun berjalan dengan lancar.

Amat mudah jika mengikut tips nie:

1. Expectation

Tak perlu tunjuk muka garang/masam dan pada masa yang sama jangan senyum lebar sangat. Beritahu secara clear bahawa ketika pengajaran mesti serius dan waktu main boleh bermain. Flexibility.

2. Tulisan

Nyatakan secara jelas bahawa setiap kerja perlu mempunyai hari di sebelah kiri dan tarikh di sebelah kanan dan tajuk di tengah. Tak perlu diulangi untuk setiap kelas. Tulisan mesti kemas dan pensel 2b sahaja dibenarkan, no pensel picit.

3. Index

Pastikan murid tulis index di setiap muka depan yang merangkumi tarikh, tajuk dan remarks. Ini untuk track mereka siap kerja rumah atau tidak.

4. Kebersihan

Nyatakan dengan jelas bahawa sebelum cikgu masuk kelas sudah kemas, bersih dan bahan-bahan yang diperlukan mesti ada di meja.

5. Salam

Okay nie kes besar, banyak murid yang tidak ucap atau memberi salam apabila cikgu masuk ke kelas. Waktu tulah sibuk minum air, amik buku dan sebagainya. Anda harus memberi garis panduan cara mengucap. Adakah ketua kelas akan lead atau seluruh kelas sekali terus ucap. Displinkan mereka dari awal, ada yang akan ucap sambil nyanyi baiki semuanya.

6. Tempat Simpan Buku

Ini kes besar beg berat. Untuk elak sediakan ruang untuk simpan buku mpelajaran u, tunjukkan dan nyatakan buku teks harus disimpan kecuali ada latihan tambahan.

7. Peraturan Kelas

Peraturan mesti jelas dan guru mesti clear hari pertama kerana murid harus ikut style u sampai akhir tahun. Kalau tidak mereka konfius dan anda akan alami stress. Tak guna jerit kemudian. Kalau ada reward system nytakan sekali.

SEMOGA MAJU JAYA GURU-GURU...SEKOLAH NAK MULA DAH!


2 comments:

  1. Kenapakah pensel picit tidak dibenarkan ? Jika di SJKC murid dibenarkan menggunakan pensel picit asalkan tulisan kemas dan pdp tercapai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anonymous, bukan semua mampu miliki pensel picit dan ia akan menjadi bahan tunjuk menunjuk. Ia juga akan menyebabkan masalah disiplin seperti mencuri dan sebagainya. Lagipun, ia makan masa apabila murid mula 'isi ubat' dan sebagainya, kalau low quality 'ubat' dia akan cepat patah dan sbgnya. Itu sebabnya tapi tiada halangan untuk digunakan.

      Delete