Sunday, 12 January 2020

Tugas Guru Aset / Pegawai Aset (Teacher's Help)

Banyak pegawai atau guru tidak mengetahui tugas hakiki guru aset kerana ianya dijalankan oleh PT sekolah. Tapi kenalah ambil tahu. Jom Miss I terangkan:

1. Pegawai Aset di PPD tidak lagi dipegang oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) malah      dipikul oleh Penolong Pegawai Tadbir N39.

2. Mulai tahun 2019, semua benda yang berada di kawasan sekolah haruslah didaftarkan walaupun ia disimpan oleh guru tersebut.

i- aset alih barangan- meja, kerusi dll
ii- haiwan- kucing, ular dll.
iii- ikan
iv- aset x ketara- logo, lambang, lagu, inovatif sendiri dll.

3. Pelaporan bukanlah pada masa semasa tetapi harus dilakukan sehingga tempoh terkini. Contoh salah dilaporkan jumlah meja 2 kerana membeli 2 meja pada tahun 2020. Sepatutnya dilaporkan jumlah meja yang sedia ada tambah dengan 2 yang baru dibeli.

4. Harga perolehan dan pelupusan mestilah sama.

5. Setiap borang mesti mempunyai tandatangan tuan Guru Besar.



6. 4 jawatan akan dipegang oleh guru sekolah dan bukanlah lantikan dalaman. Harus berdaftar dengan KPM.

7. 4 Laporan Suku Tahunan mesti mempunyai panggilan mesyuarat, minit mesy dan laporan.

8. Setiap file mesti mempunyai AJK seperti berikut:

Pengerusi- Tuan GB
Setiausaha
Pegawai Penerima
Pegawai Pemeriksa Aset
Lembaga Aset- Pelupusan
AJK Penyiasat
Pegawai Stor

Sekian, harap membantu. Ringkas2 dahlah yang lain tanya PT sekolah atau pergi kursus di PPD. kikiki

No comments:

Post a Comment