Gangga

Gangga

Tuesday, 25 October 2022

FILE GURU CEMERLANG: SECARA RINGKAS: TEACHER'S HELP

 TERINGIN NAK JADI GURU CEMERLANG. DI SINI TERDAPAT BEBERAPA TIPS DARI  GURU CEMERLANG DG 44.

IKLAN 2022 BARU SAHAJA diBUKA. 2 SEPTEMBER 2022 TARIKH TUTUP PERMOHONAN.


CARA ISI BORANG.

BORANG KENA TEPAT BERMULA DENGAN MAKLUMAT ANDA. TARIKH LANTIKAN, PERISTYIHARAN HARTA, TARIKH SAH DLL.

RUJUK PANDUAN SEBELUM ISI

DG44 MESTILAH ISI UNTUK GC PANGKAT YANG LEBIH ATAS- DG48. JANGAN DG44 PERGI APPLY GC44 PULA. GAGAL!

BAHAGIKAN KATEGORI SUMBANGAN ANDA KE 5 KATEGORI: ANTARABANGSA, KEBANGSAAN, NEGERI, DAERAH DAN SEKOLAH.

SUMBANGAN INI MESTI BERASASKAN TAHUN TERKINI DAN 3 TAHUN KE BELAKANG. CONTOH KALAU APPLY TAHUN INI- 2022,2021,2020,2019. 3 TAHUN KE BELAKANG TU AMAT PENTING!

KUMPUL SEMUA DAN SIMPAN EVIDENCE DALAM HARDCOPY, KALAU BOLEH SOFTCOPY SEKALI. 

ISI SEMUA SEKALI. ADA 10 RUANGAN SETIAP KATEGORI. ISI SEMUA KALAU BOLEH. BUAT KERTAS KERJA PERINGKAT SEKOLAH PUN BOLEH. CONTOH HAKIM BAHASA INGGERIS PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT SEKOLAH. ADA SIJIL OK LAH!

JANGAN TULIS YANG TIADA KAITAN. CONTOH APPLY GC BAHASA INGGERIS. JANGANLAH BICARA JADI JURULATIH HOKI. ITU SAMPINGAN. TAK PERLU BUBUH DALAM BORANG. WAKTU DIA DATANG TUNJUK OKLA.

INOVASI

Terdapat dua jenis inovasi- satu berasaskan Pdpc dan satu lagi berasaskan suasana pembelajaran. Boleh je nak buat ikut suka hati tapi kena berkaitlah dengan bidang yang dipohon.

Biasanya, inovasi berasaskan penyelesaian masalah untuk AR.

FILING

Ada yang buat agihan file mengikut bidang- Kurikulum, HEM, Koko. Ada yang mengikut peringkat- sekolah, daerah, dll. Better cara kedua kerana senang untuk NAZIR rujuk borang.

Ada yang buat bilik, banner, hias sini hias sana. Abaikan golongan ini. Ini golongan syok sendiri. Sendiri buat, sendiri menyusahkan diri, orang lain dan juga bakal pemohon. Jangan encourage budaya ini. Cemerlang untuk yang sudah ada bukan atas hiasan!

PEMBENTANGAN PPT

Jawab soalan dalam 10 slide. Soalan cuba kaitkan dengan pencapaian sendiri. Apa yang anda lakukan untuk memenuhi ciri-ciri yang diberi.

PROSES

Isi borang- Pemantauan Nazir- Pembentangan PPT- Pemantauan Pdpc- IV




Tahun ini banyak perubahan. Ramai pemohon apply dan upload online, no more email sending. DG48 SR tak dibuka. Kemungkinan tahun akan datang ada lebih banyak lagi perubahan. Sentiasa peka dan Goodluck.


Saturday, 19 February 2022

MUDA takkan menang PRU 2022...

MUDA ialah parti baru yang ditubuhkan bersama Syed Saddiq dan parti ini mendapat perhatian ramai selepas banjir kilat yang berlaku tetapi adakah MUDA akan menang PRU




PARTI BERUDU

Kini MUDA dikenali sebagai parti berudu. Pada mulanya, Syed menyatakan bahawa dia tidak akan menyokong mana-mana parti yang mempunyai ahli yang suka melompat parti. Itulah alasan diberi Syed untuk tidak bertanding di Melaka. Tetapi akhirnya di Johor, Syed bersama PH...PKR, Amanah dan DAP. Sebab itu ia digelar Parti Berudu dan bukannya Katak.

GABUNGAN YANG SALAH

Memang benar MUDA tidak boleh menang jika bertanding seorang tetapi gabungan pun tidak akan membantu MUDA. Dengan gabungan yang salah MUDA pasti kalah. UMNO bukannya pilihan tetapi UMNO merupakan pilihan terakhir dan PH amatlah dibenci rakyat.

UNDI 18

Tahukah anda remaja umur 18 di Malaysia mempunyai mentaliti yang kurang cerdik dalam membuat keputusan. Syed yang membuat aturan kononya Undi 18 akan membantu mereka menang sebenarnya Undi 18 ini akan menyebabkan mereka ikut telunjuk ibu bapa mereka dan lebih teruk lagi mereka tidak akan keluar mengundi.

MUDA ITU BUKAN MUDA

Pengerusi MUDA di Johor tidaklah semuda yang disangka. Syed pun akan tua jua. Jadi konfiden apakah yang digunakan untuk menyatakan MUDA itu milik orang muda?

MENTERI BELIA DAN SUKAN

Tahukah anda Syed gagal sebagai Menteri Belia dan Sukan? Tujuan Menteri Belia ialah untuk melahirkan belia yang sihat, cerdas dan berguna kepada Negara. Tetapi, fokus Syed hanya pada E-Sports.

KEAHLIAAN YANG LEMAH

Dengar khabar ada yang mendaftar sebanyak 4 kali baru mendapat Sijil Muda. Baru-baru ini sahaja Biro Data dan Teknologi MUDA menghantar sihil-sijil. Sekiranya dari awal lemah bagaimana MUDA nak buat perancangan untuk menang pilihanraya.


Jadi kita tunggu dan lihat sahaja. Ini bukan lagi masa untuk MUDA tetapi jika ia berusaha berterusan, ia pasti menang pada masa akan datang.