Baru-baru in tular apabila, Ahli Parlimen Bukit Bendera menegur sikap Syed Saddiq yang sering meluangkan masa bersama Penyanyi Malaysia, Bella Astillah kerana khuatir bahawa Syed telah hilang fokus dalam menjalankan tugas sebagai Ahli parlimen.
Benar memang sikap seperti ini harus ditegur kerana 'Public Life of a MP' sepatutnya berasaskan servis kepada rakyat dan bukannya menunjukkan kebahagiaan bersama seorang janda. Penjawat awam yang biasa sekalipun mempunyai 'guidelines' yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam media sosial. Bukan ke Syed Saddiq patut lebih berhati-hati?
Kemungkinan inilah sebabnya, Syed bersikap demikian:
Bakal Kalah
Seperti yang sedia maklum Parti MUDA tidak mempunyai kekuatan untuk memenangi mana-mana kerusi pada PRU akan datang kerana tidak mendapat sokongan dari parti-parti yang lain. Syed mengetahui tentang perkara ini dan hanya menggunakan Bella untuk memasuki bidang karier lain. Perkara ini bukan baru kerana bekas ahli politik, Khairy Jamaluddin (KJ) kini telah menjadi DJ radio Hot FM. Bukan ke peluang lebih cerah kepada bekas menteri termuda yang mempunyai rupa seperti Syed untuk bersinar dalam bidang hiburan?
Untuk terus menjadi Popular
Syed Saddiq sebelum ini sibuk menjalankan aktiviti marathon. Larian 200km ke parlimen pun telah dipersoalkan kesahihannya. Apabila perkara-perkara seperti ini mula menjadikan netizen bosan, Syed beralih ke Bella untuk terus kekal popular. Perkara cringe yang dijalankan oleh Syed dan Bella mungkin akan menjadikan netizen bosan jua.
Walaupun Syed menyatakan ia dilakukan demi MUAR. Bukan ke salah untuk menggunakan seseorang iaitu Bella untuk mengumpul duit. Sekiranya duit yang dikumpul ialah dana maka bukan ke pengunaan dana itu harus diterangkan kepada semua! Sama ada ia masuk poket atau sampai ke rakyat.
Sekiranya benar mereka bercinta, seeloknya tidak menunjukkan berlebih-lebihan dalam sosial media kerana Syed bukanlah artis atau model seperti yang ditegur oleh PMX sendiri. Syed harus lebih berhati-hati sekiranya ingin bertahan dalam dunia politik!