Wednesday, 20 December 2017

Places to Visit in Hatyai Day 1 : Travel Buddy

Here Travel Buddy session prepares a 3 Days 2 Night travel to Hatyai, Songkhla, Thailand from Kuala Lumpur. (This session will be in Malay as many Malaysian and Singaporeans will visit Hatyai.) If you need English version, please leave a comment below.

Hari Pertama

Untuk menjimatkan kos, Miss I team tidak mengambil apa-apa flight untuk ke Hatyai. Boleh naik bus atau keretapi. Perjalanan menggunakan bas dari Kuala Lumpur ke Hatyai mengambil masa sekitar 8 jam tetapi disebabkan bas, imigresen dan faktor lain, boleh jadi 10 jam. Perjalanan kami menyeronokkan sebab kami ambil bas malam dan tidur je. Then, bangun fresh-fresh di Hatyai.

Jika naik bas, tak perlu risau kerana segala urusan seperti kad putih, imigresen dan tempat ketibaan akan disediakan oleh pihak bas. Cuma pilihlah bas yang sesuai. Antara ekspress ke Hatyai ialah Sri Maju, Alisan, Konsortium, CTTS Holidays dan Trans MVS (tak digalakkan). Bas kami agak okay tapi kami takkan dedahkan nama sebab kami tak ditaja pun untuk membuat promosi. Harga bas lebih kurang sehala RM120.00 dua orang.

Tempat pertama dari KL, anda akan sampai di Bukit Batu Hitam, Kedah. Dekat sini, pemandu bas akan punggut passport anda dan kedai di situ akan sediakan kad putih. Dekat situ juga boleh beli simkard AIS Thailand. Data percuma untuk seminggu hanya RM15 sahaja. Akan berguna di Thailand. Ada kedai tanpai cukai disana tapi Miss I tengok ada jual arak je. So tak perlulah beli yea.

Selepas tu imigresen pertama ialah Malaysia dan kemudian Thailand di Sadao. Tak ketat sangat pemeriksaan, beg pun tak di check. Sampai je Sadao, bas Malaysia tak boleh masuk so naiklah van ke Hatyai. Van pun dah termasuk dalam bayaran bas tadi. Tak perlu bayar extra.  Then dia akan hantar terus ke Chee Uthitt Road. Depend pada jenis syarikat bas ah. Lepas tu hiduplah sendiri.

Chokdee Dim Sum

Lokasi pertama yang kami pergi ialah Chokdee Dim Sum. Kami naik Tuk Tuk. Tuk Tuk disini agaklah mahal dan perlu bermain harga. Kalau kaya tak de masalah. Bayar je. Kami ditipu oleh Tuk Tuk kerana minta 80 bath  (RM10.15) ke kedai sebelah lorong je. Kalau nak ke Chokdee Dim Sum dari Chee Uthit, jalan kaki je lah. Sebab tu minta beli simkard, pakai Waze je la, jalan kaki pergi.

Last, last, kurang-kurang dapatlah 50 bath. (RM6.34). Kedai ini sangat penuh dengan orang. Kena beratur untuk makan dim sum. Last-last kami tak makan pun, makan nasi ayam je di sebelah kedai ini sebab lapar. Kalau lapar jangan pergi tapi Miss I rasa kena cuba sebab ramai orang.

Samila Beach

Lepas Chokdee, kami terus ke hotel. Hotel kami pun selesa tapi tidak akan dinyatakan sebab tak ditaja. Pakailah Trivago atau Booking.Com untuk hotel di bandar sekitar Hatyai. Jangan cari kat hujung-hujung, susah nak jalan nanti. Hotel kami dua orang untuk dua hari lebih kurang 1500 bath. (RM190.00). 

Okay, dari hotel ke Samila Beach mengambil masa dekat selama sejam dan dicas 1300 bath pergi balik. (mahal tu)Tapi agaklah jauh mungkin ada transport lain seperti motorbike taxi, bas (tak pasti). Tak nampak pun bas. 

Samila beach wajib pergi sebab pantai dia memang cantik dan boleh picnic di situ. Jadi bawalah tikar sendiri ataupun dijual disana dengan harga 120 bath.Boleh naik kuda dengan harga 150 bath. Dekat sini banyak gerai nak shopping, murah ke mahal tak pasti sebab dekat Thai semuanya mahal macam kat Malaysia. Dahlah mata ringgit jatuh so tak perlu perasaan kaya di sana. Boleh mandi pantai dan berselfie dengan Patung Duyung (Trademark Songkhla) dan terdapat Patung Kucing dengan Tikus. Terdapat mitos bahawa Kucing dengan Anjing ditukarkan menjadi pulau. Boleh tengok dua pulau ini dari jauh. Tetapi kenapa ada patung Kucing dengan Tikus (Agak confusing) layan je la.

Kemudian, dekat Samila beach tersendiri ada banyak tempat-tempat yang menarik seperti Tang Kuan Hill, Khao Tang Kuan and National Musuem. Kami pergi ke Tang Kuan Hill (agak menarik). Jalan kaki je jangan naik Tuk Tuk sebab dekat je. Guna social skill anda dan tanya orang sekeliling, mereka akan tunjuk jalan ke Tang Kuan Hill.








Tang Kuan Hill, Samila Beach

Agak menarik sebab boleh melihat pemandangan pantai yang cantik dari puncak Tang Kuan. Kena naik lif dengan harga 60 bath je seorang. Terdapat patung buddha, tok sami dan tempat gantung mangga untuk couple. Tengok gambar.


                                            









Cham Puak Elephant Camp

Kecil je camp ni dan entry free. Banyak aktiviti disediakan tapi semuanya duit. Kan dah kata Thai mahal. Antaranya aktivitinya ialah, naik gajah (Janganlah naik, kesian tengok gajah tu ambil dekat ratus-ratus pelawat sehari. Miss I tak naik pun. Feed gajah dengan pisang 100 bath sebakul, archery 150 bath, elephant show, crocodile show dengan game funfair dan akhir sekali naik ATV.





Wat

Lepas tu on the way, Kami singgah di satu tokong. Apa entah nama, google yea. Tokong ini pun wajib pergi sebab ada patung sami besar dengan patung ular tedung. Orang beragama Hindu boleh melihat patung Shiva, Ganesh dan sebagainya. Tokong ini untuk beragama Hindu dan Buddha. Tourist pun boleh lawat cuma ikutlah peraturan dia. Lihat gambar...best.








Itu je untuk Day 1. Day 2 and 3 sambung kemudian. Stay Tuned.

Kalau nak schedule penuh, senang je. Comment email anda di bawah dan follow kami di fb. https://www.facebook.com/kuantanni/?fref=ts.  (Miss I). Kami akan emailkan planner bersama route kepada anda dengan Percuma!

If you need English version please leave a comment and if you need the planner. Follow us in FB and leave your email.  We will send the Hatyai Planner. Our Fb. https://www.facebook.com/kuantanni/?fref=ts

Hatyai, Songkhla, Amazing Thailand.

No comments:

Post a Comment