Monday 4 December 2017

Penyataan Izreen Azminda Tak Boleh Belah!

"Hanya menumpang kasih, bukan perampas!"  itulah kata pelakon yang dilabel sebagai perampas suami oleh netizen, Izreen Azminda. Walaupun pelbagai caci dan maki yang dilemparkan oleh netizen, Izreen berani keluarkan 'statement' seperti berikut.

Tambahan pula, dia kata dia tidak kejam untuk merampas suami orang walaupun dia telah melakukan perbuatan tersebut. Menurut sumber dari Berita Harian, isteri pertama Muhd Radzi Abdul Wahid (Ude) berkata beliau sudi bermadu dengan Izreen walaupun terkejut mendengar berita tersebut. Isterinya hanya mengetahui tentang pernikahan ini pada 10 November 2017 selepas ia sudah berlangsung dua bulan yang lalu.

Izreen dengan sekali lafaz menjadi isteri Ude pada 8 Ogos 2017  di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Moh Aznam Mohd Noor.

Walaupun takdir dan pelbagai alasan diberikan oleh Izreen, netizen tetap tidak dapat menerima kejadian ini kerana ia berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama. Berikut ialah salah satu cemuhan yang diambil dari facebook.







No comments:

Post a Comment