Hari
ini saya nak tulis blog saya dalam Bahasa Malaysia sebab audience saya untuk
post ini hanya Malaysian. Sejak kebelakangkan ini banyak isu perkauman tercetus
dan yang paling utama ialah isu kat Low Yat. Pergaduhan di antara seorang
pekedai dengan seorang pembeli menjadi isu di antara kaum A vs Kaum B. Lihatlah
betapa ceteknya ilmu, nilai murni dan mentality
orang kita. Malu tak?
Saya pun ada dengar ucapan Zahra di
Youtube yang memperjuangkan nasib anak muda
tetapi malangnya dia hanya tekankan anak melayu. Bukankah Malaysia ini
terdiri daripada Melayu, India, Cina, Iban, Bidayuh, Anak Sungai, Chettiar dan
sebagainya. Kenapa tak perjuangkan nasib mereka sekali, mereka pun bayar GST.
Kita siap ada system kuota, mereka tiada. Kenapa kita tak lihat semua kaum
sebagai orang Malaysia, kalau kita mempunyai pandangan seperti tu isu Low Yat takkan berlaku.
Kita boleh bersatu ketika Gunung
Kinabalu gegar, ketika kehilangan MH37, tumpasnya MH17, skandal 1MDB, banjir
besar yang tenggelamkan seluruh Malaysia, bangkitnya GST dan sebagainya. Waktu
tu kita tak melihat warna kulit, kita hanya bersatu untuk menghadapi cabaran.
Perasaan tak, bumi tanah air kita pun tidak bersama kita lagi, EVERYTHING TURNS
AGAINST US!
Pemimpin kita pun cuba dijatuhkan
oleh orang lain kerana agenda sendiri. Saya tidak cakap pemimpin kita benar,
saya cuma minta jangan kita menangkan seekor musang untuk agenda buruk dia. Negara kita kini di krisis, ekonomi merosot
dan pelbagai isu dan skandal melanda. We should be together and overcome all
this. Sudah-sudahlah kita burukan keadaan dengan isu perkauman. Ayuh Bersatu! Jangan
tanya apa lagi Melayu mahu, apa lagi Cina mahu, apa lagi India mahu, tanyalah
Apa lagi Malaysian mahu?