Ko-Akademik atau Pertandingan Bahasa bukan lagi asing bagi guru-guru di Malaysia. Pelbagai skrip perlu disediakan supaya murid menang dalam pertandingan.
Public Speaking, Syarahan, Choral Speaking, Story-Telling dan banyak lagi pertandingan yang memerlukan skrip yang berkualiti. Tahukah anda, Ai boleh menghasilkan skrip berkualiti untuk anda sekiranya anda pandai mengarahkannya.
Salah satu Ai yang terbaik ialah ChatGPT. Anda hanya perlu google ChatGPT dan sign up. Kemudian boleh gunakannya dengan PERCUMA!
Yang penting arahan mesti jelas. Di sini Miss I sertakan apa yang perlu dinyatakan dalam arahan.
1. Skrip apa : Public Speaking, Story-Telling and sbg.
2. Tema: Alam Sekitar/ Kemanusiaan
3. Tahap budak: Sekolah rendah atau menengah
4. Jumlah patah perkataan atau masa persembahan
5. Konteks: Dalam Malaysia, luar negara dan sbg.
Pastikan semua ini ada baru skrip anda mantap! Dalam Bahasa Melayu pun boleh. Jangan risau pasal plagarism kerana ChatGPT akan menghasilkan skrip unik untuk anda sahaja. Kemudian ubahlah sedikit mengikut kesesuaian anda.
Ingat Ai tidak boleh gantikan anda tetapi orang yang pandai menggunakan Ai boleh gantikan anda. Jadi jangan tunggu-tunggu, belajar sesuatu yang baru dan explore dengan sendiri. Good Luck!
Di bawah ialah contoh skrip Choral Speaking yang digenerate oleh AI. Nice kan.
No comments:
Post a Comment