Sunday 24 May 2020

'Hero' Cerita Tamil, mesti tonton! : Moview


Okay, sejak kebelakangan ini, Orang Melayu lebih minat kepada cerita Tamil atau Kollywood berbanding Bollywood. Antara cerita Tamil yang best ialah Ratchasi, Ratchasan, 7AM Arivu, Enthiran dan sebagainya. Miss I akan cadang lagi satu filem iaitu Hero.

Hero diterbitkan pada tahun 2019 dan  baru sahaja ditayang di Astro Sun TV channel 211, Cerita ini lebih kepada mencari murid-murid berbakat terutama dalam aspek inovasi. Inovasi- inovasi mereka dihalang oleh syarikat korporat kerana risau perniagaan mereka akan diancam oleh inovasi baru.

Hero akan menyelamatkan kanak-kanak itu daripada ancaman penjahat dan yang penting filem ini mengirtik sistem pendidikan yang menilai semua murid menggunakan peperiksaan yang sama. Pada masa yang sama, mendedahkan betapa gagalnya India untuk melahirkan seorang generasi yang berguna.

Latar belakang filem ini juga menarik dan ala-ala Hollywood. Contohnya, tempat operasi Hero ialah green house. Hero dia pun agak top iaitu Sivakartikeyan.

Cerita ini tidaklah seperti cerita Tamil yang lain yang sibuk dengan agenda cinta, gaduh, stalking, menari-nari tunjuk perut dan sebagainya. Cerita ini ada strong mesej dan memang bestlah. Wajib tengok! 8.2/10 Moview Star for this movie!


No comments:

Post a Comment